Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah Sukacita dimaklumkan bersempena dengan Awal Muharram 1442, Surau Pudina presint 17 telah mewujudkan Pudina Food Bank bagi membantu warga Pudina ( Islam dan bukan Islam ) yang memerlukan barang – barang makanan asas seperti beras, gula, tepung dan lain lain lagi. Sehubungan itu, pihak surau amat mengalu alukan sumbangan dari Tuan /Puan dari masa ke semasa untuk Program Pudina Food Bank ini. Maklumat lanjut berkaitan sumbangan hubungi pengurus surau ditalian 0125167195 (Ustaz Saufi Mohammad). Semoga usaha ini akan menjadikan masyarakat Pudina yang sejahtera dan prihatin. #KearahkemakmuranWargaPudina #ambilyangperlusahaja Sekian, Surau Pudina.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati

Apakah Itu Khairat?

Definisi : perbuatan baik atau kebajikan; sedekah atau derma. berkhairat melakukan perbuatan baik atau kebajikan terhadap orang lain.

Apa beza Takaful dengan Khairat Kematian?

Konsepnya adalah sama.
 

Adakah Khairat ada unsur Gharar yang dilarang dalam Islam?

Tiada unsur gharar dalam khairat sebab akad khairat ialah sedekah. Bukan nak dapat barang atau dapat manfaat. Jadi tiada isu masa dapat barang atau pampasan. Tiada keraguan atau gharar

Tiada unsur riba dalam khairat juga sebab akad khairat ialah sedekah. Bukan jual beli. Jadi tiada unsur riba sebab kita bukan nak pulangan duit, kita nak bantu orang lain dan harap orang lain juga bantu kita apabila susah.

Tiada unsur judi dalam khairat juga sebab akad khairat ialah sedekah. Bukan judi. Bukan ada unsur penambahan sebab memang niat kita beri duit itu ialah sedekah.

Dalam khairat kita bukan akad jual beli. Tapi kita berniat untuk bersedekah. Bayaran tahunan kita bukan dipanggil BAYARAN, tetapi dipanggil caruman. Kerana ia sedekah.

Kita sedekah dengan harapan kita membantu orang lain dikala susah, dan kita berharap orang lain juga membantu kita apabila kita sendiri ditimpa musibah.

 

Mati ITU PASTI - pentingnya khairat kematian

Kita Dilahirkan Dengan Satu Cara, Namun Kematian Menjemput Kita Dengan Pelbagai Cara

Bersediakah kita menghadapi kematian? Khairat Kematian membantu menguruskan jenazah kita tanpa menyusahkan orang lain.

icon01-free-img.png

Persediaan Sewaktu Kecemasan

Kita tidak tahu bila kematian akan berlaku. Khairat kematian membantu dalam situasi kecemasan

icon02-free-img.png

Memudahkan Segala Urusan

Pengurusan jenazah memerlukan beberapa perkara dilakukan sebelum jenazah dapat disempurnakan. Khairat kematian memudahkan jenazah diuruskan

icon03-free-img.png

Mempercepatkan Komunikasi

Apabila anda menyumbang, maklumat penting anda akan diakses sekiranya berlaku kematian. Waris anda akan diberitahu serta merta

icon03-free-img2.png

Amal Jariah

Wang yang disumbangkan akan digunakan untuk pengurusan jenazah ahli kariah tidak kira miskin atau kaya. Ia adalah amal jariah yang dituntut dalam agama

Tatacara Untuk Menyumbang

Daftar Diri

Pendaftaran anda membolehkan kami mengenali anda

Beri Sumbangan

Derma Infaq anda mengesahkan keahlian anda dalam kariah masjid/surau/organisasi yang anda pilih

Terima Pengesahan

Anda akan menerima pengesahan beserta eKad Keahlian melalui emel

RM 0
Tanah Perkuburan
RM 0
Mandi & Kafan
RM 0
Van Jenazah & Pemandu
RM 0
Imam Tahlil dan Talqin